YAZNEWISH

Aku dah telefon mama minggu lepas kata tak balik kampung sebab hubby 'standby'.....Aku tak pernah tak balik raya....Hubby cakap macam mana nak balik, dibuat nya ada 'doket', kenalah dia pecut kereta..aku akurlah..suami kan....tak ikut cakap suami tak bau syurga....tahun ni aku tak buat apa-apa pun...memandangkan mak mertua tersangat lah dekat...lagipun mak masak untuk kitaorang juga....Pagi raya bila buka radio berkumandanglah takbir raya...teringat aku dekat allahyarham adik & pakcik kesayangan aku (Pak E)....Sebaklah pulak....So aku pun pujuk lah hubby untuk balik kampung sehari jer....Mula-mula hubby macam tak setuju....then tiba-tiba dia setuju....
Aku siapkan anak-anak aku dan kami bertolak ke kampung....n9....Wah K.Pilah dah tak ikut Bukit Putus lagi.....Jalan dah lurus...So tak ada alasan aku tak boleh nak balik kampung...Aku bawa kereta Avanza (Along punya)...So bila sampai rumah tak dengarlah....Sampai jer kampung aku dah tercegat depan pintu...
Apo Laie...Berlarilah Uwan sambut cucu eh...tetingga lah makan dok xcited kitaorang balik....hahah mama 'SUPRISE'....
Aku mana boleh berenggang dengan mama...Dari kecil sampai ke besar semua dengan mama...Kiranya aku ni tempat mama meluahkan segalanya....Mama & Papa...I love you....Selamat hari raya haji....
YAZNEWISH
Walaupun di hollywood movie ni mencapai kutipan yang begitu banyak...tapi bagi pendapat aku, ceritanya teramatlah 'slow'...untuk diaorang 'introduce' serigala jadian tu, terlalu lama....& yang begitu disappointed ending cerita tergantung....maybe ada sambungan cerita....dulu aku minat ngan Edward Cullen tu...tapi dalam cerita ni macam kurus sangat...So aku beralih arah kepada Jacob Black...huhu body mantap....bila dia dah potong rambut, lagi lah nampak tough...Masa 1st season Jacob Black ni tak menonjol sangat....Kesimpulan nya tiada klimaks dalam cerita ni....
YAZNEWISH
Insyallah kalau ada rezeki tahun depan aku nak masuk satu bussiness ni....Bussiness yang aku nak masuk ni tak merugikan apa-apa...lagi menguntungkan ada...tak payah fikir nak jual barang....Sekarang tak nak cerita lagi...Bila hasrat dah tercapai nanti, aku update kat blog ni.....Yang penting aku kena ada  wawasan untuk meningkatkan kualiti hidup kami sekeluarga...Manalah tahu aku boleh berhenti kerja dan buat full-time....hahahahah 'BOLEH KER?'...angan-angan perlu ada..tapi bukanlah angan-angan Mat Jenin

Wish list (materialistik dulu) :

~ xbox








~ Nikon D90 (nak upgrade D60 to nikon D90)..Insyallah..Sebenarnya impian suami aku..tapi aku minat juga walaupun tak lah berseni macam hubby....









~ minicooper (kereta aku) ~
hubby aku kata minicooper ni made by Israel....kalau betul aku keluarkan dari wish list aku...












~ toyota wish @ alphard (kereta family ~















ada banyak lagi...nanti update yer...
YAZNEWISH
Malam tadi aku tengoklah dvd 'Drag Me to Hell'..sedap jugak cerita dia....tapi yang tak best ending heroin mati....patutlah die letak heroin tak cantik.....sebab nak matikan watak di akhir cerita....'Aby' pun tengok sekali....dia tu suka tengok 'horror movie' ni....tapi duduk meyempit tepi aku....'Ibu tengok cerita ni sambil-sambil peluklah Aby'.....Memandangkan 'Aby' ni susah nak tengok dia tidur awal...Malam tadi dalam sejarah, agaknya dah takut sangat ' Ibu, aby rasa mata dah ngantuk, jom tidur dulu'...aku buat 'dek' jer....tapi dia tengok sampai habis...Hubby aku dah selamat belayar...si kecik pun sekarang tidur lambat....terpaksalah aku duduk depan tv sampai dia lelap...Nasib baik dia tak mengigau....



YAZNEWISH
Tengahari ni aku dah booking tiket wayang untuk malam ni...Mentang2lah office dekat dengan Mines...Aku call husband tanya nak tengok cerita apa? Sebenarnya saja je tanya..sebab aku dah 'decide' nak tengok 'Twilight Saga New Moon'...Aku tak minat cerita macam akhir-akhir zaman ni...Hakikatnya hubby dah lama ajak tengok cerita 2012...tapi aku tak berminat sangat...si 'Aby' sibuk nak tengok 'Astroboy'...
Jadi malam ni aku tengok & bagi komen pasal movie ni...apa2 aku bagi sinopsis cerita ni dulu....


Following Bella's ill-fated 18th birthday party, Edward Cullen (Robert Pattinson) and his family abandon the town of Forks Washington, in an effort to protect her from the dangers inherent in their world. As a heartbroken Bella sleepwalks through her senior year of high school, numb and alone, she discovers Edward's image come to her whenever she put herself in jeopardy. Her desire to be with him at any cost leads her to take greater and greater risks.
With the help of her childhood friend Jacob Black (Taylor Lautner), Bella refurbishes and old motorbike to carry her on her adventures. Bella's frozen heart is gradually thawed by her budding relationship with Jacob, a member of a mysterious Quileute tribe, who has a supernatural secret of his own.
When a chance encounter brings Bella face to face with a former nemesis, only the intervention of  a pack of  supernaturally large wolves saves her from a grisly fate, and the enconter makes it frighteningly clear that Bella is still in a grave danger.



YAZNEWISH
mama & aishad
















Adik yang bongsu....Zety...tapi kitaorang panggil dia 'ayang'...














nanti upload gambar papa & jeyi pulak....

Aku masih ada papa & mama...Adik-beradik aku 4 orang...Seorang meninggal dunia...Tak salah aku 3 Januari 2007...Nama dia Mohd Hafzani...Umur masa meninggal 23 tahun...Muda lagi kan...Sakit Leukimia & misteri...Masa tu musim raya haji...tak salah aku raya kedua...Sebenarnya aku selalu rindu kat dia....Walaupun kami selalu bergaduh dulu, tapi dia tak pernah kedekut dengan aku...dia pernah belikan aku baju Nike....tapi ada malaun yang curi baju tu....

Aku tak boleh tunjukkan depan mama & family aku yang sebenarnya aku masih bersedih dengan pemergian dia....dah lama aku tak pergi menziarahi kubur dia...ialah aku ingat raya haji, aku nak ziarah kubur dia...alah bukannya jauh pun rumah kat kampung tu dengan pusara allahyarham ni...mama siap buat nurseri dekat kawasan kubur ni....memang bersih sangat....lagipun sederet kubur allahyarham ni, kubur allayarhamah wan & moyang aku....

Kadang-kadang aku rasa kesal tak dapat nak memenuhi kehendak allahyarham ni saat baki kehidupannya...tapi inilah yang dinamakan Qada' & Qadar...Semuanya telah ditentukan olehNya...Sekurang-kurangnya dia pergi dalam keadaan yang terlalu tenang...mama kata satu tarikan nafas....Sekurang-kurangnya aku dah mencari ikhtiar  untuk mengubatinya...

Aku ingat saat-saat akhir sebelum allahyarham menghembuskan nafas terakhir...dia panggil nama aku...dengan penglihatan yang buta & seluruh badan yang lumpuh...Ya Allah azabnya allahyarham ketika itu...Dia tak pernah merungut...Tapi hari sebelum aku balik ke KL allahyarham panggil aku 'kakak dah nak balik ker?' aku pun hairan jugak...macam mana dia tahu aku nak balik....aku cakap lah 'aah, selagi adik tak nak berjuang untuk hidup, kakak balik lah kl '....Tak lama lepas tu, allahyarham ni berdiam diri..Tapi sebenarnya memandangkan diri dia yang terbujur tu..dan aku tngok tapak kaki yang pucat dan hampir menyentuh tanah dan raut wajah yang makin menggelebeh dan jatuh..tiada seri...hati aku kuat mengatakan bila-bila masa Allah akan memanggil dia....

Perkara yang tak boleh aku lupakan allahyarham sedar dari koma, walaupun doktor mengatakan yang dia boleh hidup 80% sahaja...mama sendiri tak ada kekuatan untuk bertanya..tapi sebagai tanggungjawab sebagai anak sulung dan aku perlu tahu keadaan yang sebenar ketika itu..aku terpaksa bertanya peluang hidup allahyarham ketika itu...masa tu aku yakin, selagi nyawa dibadan selagi tu aku tak putus harapan....aku cuba cara kampung dan 'miracle' dengan izin Allah SWT allahyarham sedar dari koma....dan ayat pertama sekali yang keluar dari mulut allahyarham masa aku melawat dia..." kakak!!!!!mana kakak pergi"....dan hakikatnya sebenarnya selepas allahyarham sedar dari koma, dia tak mengenali sesiapa selain aku sekeluarga...Tapi aku sangat-sangat bersyukur....diberi masa untuk bersama allahyarham, walaupun seketika...hanya beberapa bulan....dari raya puasa ke raya haji....



YAZNEWISH



YAZNEWISH
Kalau 'refer' dewan bahasa dan pustaka...SIMBIOSIS bermaksud 'perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma yg berbeza'. Secara tersiratnya bermaksud saling perlu dan memerlukan untuk meneruskan hidup....Macam aku dan suami....Tanpa dia, tiadalah wujud 'ABYAZ NAUFAL' & 'AIJAZ NAUSHAD'...mereka adalah kekuatan diri aku selain keluarga aku sendiri....

Itulah orang selalu cakap percaya pada jodoh..Jodoh tak kemana....Aku dan suami dah saling-mengenali dari bangku sekolah lagi....perkenalan dari form 2....introduce by cik 'Khairani'....our match maker....dan clash sekejap masa aku lepas spm...tak salah aku 1999..Betul lah penangan cinta pertama ni, susah dilupakan...Dulu hari-hari gaduh, 'masa bercinta lah'...Walaupun aku ada ramai kawan lelaki, tetapi jiwa dan perasaan aku kosong...Bagi aku tak siapa boleh gantikan tempat dia dalam hati aku ni....aku dah letakkan dia tempat yang khas, selain mama aku...
Aku tahu sangat dia ni teramatlah ego...tak pernah nak berterus-terang dia sukakan aku....sampailah pada satu tahap aku rasa baik aku lupakan dia...dan mulakan hidup baru...sebab dulu aku pernah tanya dia...'abang anggap yani sebagai apa?'....dan jawapannya 'sebagai adik'....
jadi dari aku memendam rasa, baik aku cari kehidupan yang lain....walaupun aku sendiri tak tau boleh bahagia ke aku?

Sampailah satu ketika bila dia sendiri 'call' aku dan terus-terang dengan aku perasaan dia...Hubungan bertaut kembali....Cinta berputik dan mekar kembali....Bersyukur kepadaMu Ya Allah, setelah dipertemukan insan seperti ini...Mungkin kerana hubungan begitu lama, dan cuma dia yang dapat mengubah aku dan memahami perasaan aku....Walaupun kami sama-sama 'panas baran', aku rasa dia lebih menjadi air dari api....Semua kehendak aku dituruti...Kalau tengok dari fizikal orang mesti ingat dia ni garang dengan isteri...Tapi sebenarnya dialah 'Joker' dalam keluarga kami....