YAZNEWISH
mama & aishad
















Adik yang bongsu....Zety...tapi kitaorang panggil dia 'ayang'...














nanti upload gambar papa & jeyi pulak....

Aku masih ada papa & mama...Adik-beradik aku 4 orang...Seorang meninggal dunia...Tak salah aku 3 Januari 2007...Nama dia Mohd Hafzani...Umur masa meninggal 23 tahun...Muda lagi kan...Sakit Leukimia & misteri...Masa tu musim raya haji...tak salah aku raya kedua...Sebenarnya aku selalu rindu kat dia....Walaupun kami selalu bergaduh dulu, tapi dia tak pernah kedekut dengan aku...dia pernah belikan aku baju Nike....tapi ada malaun yang curi baju tu....

Aku tak boleh tunjukkan depan mama & family aku yang sebenarnya aku masih bersedih dengan pemergian dia....dah lama aku tak pergi menziarahi kubur dia...ialah aku ingat raya haji, aku nak ziarah kubur dia...alah bukannya jauh pun rumah kat kampung tu dengan pusara allahyarham ni...mama siap buat nurseri dekat kawasan kubur ni....memang bersih sangat....lagipun sederet kubur allahyarham ni, kubur allayarhamah wan & moyang aku....

Kadang-kadang aku rasa kesal tak dapat nak memenuhi kehendak allahyarham ni saat baki kehidupannya...tapi inilah yang dinamakan Qada' & Qadar...Semuanya telah ditentukan olehNya...Sekurang-kurangnya dia pergi dalam keadaan yang terlalu tenang...mama kata satu tarikan nafas....Sekurang-kurangnya aku dah mencari ikhtiar  untuk mengubatinya...

Aku ingat saat-saat akhir sebelum allahyarham menghembuskan nafas terakhir...dia panggil nama aku...dengan penglihatan yang buta & seluruh badan yang lumpuh...Ya Allah azabnya allahyarham ketika itu...Dia tak pernah merungut...Tapi hari sebelum aku balik ke KL allahyarham panggil aku 'kakak dah nak balik ker?' aku pun hairan jugak...macam mana dia tahu aku nak balik....aku cakap lah 'aah, selagi adik tak nak berjuang untuk hidup, kakak balik lah kl '....Tak lama lepas tu, allahyarham ni berdiam diri..Tapi sebenarnya memandangkan diri dia yang terbujur tu..dan aku tngok tapak kaki yang pucat dan hampir menyentuh tanah dan raut wajah yang makin menggelebeh dan jatuh..tiada seri...hati aku kuat mengatakan bila-bila masa Allah akan memanggil dia....

Perkara yang tak boleh aku lupakan allahyarham sedar dari koma, walaupun doktor mengatakan yang dia boleh hidup 80% sahaja...mama sendiri tak ada kekuatan untuk bertanya..tapi sebagai tanggungjawab sebagai anak sulung dan aku perlu tahu keadaan yang sebenar ketika itu..aku terpaksa bertanya peluang hidup allahyarham ketika itu...masa tu aku yakin, selagi nyawa dibadan selagi tu aku tak putus harapan....aku cuba cara kampung dan 'miracle' dengan izin Allah SWT allahyarham sedar dari koma....dan ayat pertama sekali yang keluar dari mulut allahyarham masa aku melawat dia..." kakak!!!!!mana kakak pergi"....dan hakikatnya sebenarnya selepas allahyarham sedar dari koma, dia tak mengenali sesiapa selain aku sekeluarga...Tapi aku sangat-sangat bersyukur....diberi masa untuk bersama allahyarham, walaupun seketika...hanya beberapa bulan....dari raya puasa ke raya haji....



0 Responses

Post a Comment