Kalau 'refer' dewan bahasa dan pustaka...SIMBIOSIS bermaksud 'perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma yg berbeza'. Secara tersiratnya bermaksud saling perlu dan memerlukan untuk meneruskan hidup....Macam aku dan suami....Tanpa dia, tiadalah wujud 'ABYAZ NAUFAL' & 'AIJAZ NAUSHAD'...mereka adalah kekuatan diri aku selain keluarga aku sendiri....
Itulah orang selalu cakap percaya pada jodoh..Jodoh tak kemana....Aku dan suami dah saling-mengenali dari bangku sekolah lagi....perkenalan dari form 2....introduce by cik 'Khairani'....our match maker....dan clash sekejap masa aku lepas spm...tak salah aku 1999..Betul lah penangan cinta pertama ni, susah dilupakan...Dulu hari-hari gaduh, 'masa bercinta lah'...Walaupun aku ada ramai kawan lelaki, tetapi jiwa dan perasaan aku kosong...Bagi aku tak siapa boleh gantikan tempat dia dalam hati aku ni....aku dah letakkan dia tempat yang khas, selain mama aku...
Aku tahu sangat dia ni teramatlah ego...tak pernah nak berterus-terang dia sukakan aku....sampailah pada satu tahap aku rasa baik aku lupakan dia...dan mulakan hidup baru...sebab dulu aku pernah tanya dia...'abang anggap yani sebagai apa?'....dan jawapannya 'sebagai adik'....
jadi dari aku memendam rasa, baik aku cari kehidupan yang lain....walaupun aku sendiri tak tau boleh bahagia ke aku?
Sampailah satu ketika bila dia sendiri 'call' aku dan terus-terang dengan aku perasaan dia...Hubungan bertaut kembali....Cinta berputik dan mekar kembali....Bersyukur kepadaMu Ya Allah, setelah dipertemukan insan seperti ini...Mungkin kerana hubungan begitu lama, dan cuma dia yang dapat mengubah aku dan memahami perasaan aku....Walaupun kami sama-sama 'panas baran', aku rasa dia lebih menjadi air dari api....Semua kehendak aku dituruti...Kalau tengok dari fizikal orang mesti ingat dia ni garang dengan isteri...Tapi sebenarnya dialah 'Joker' dalam keluarga kami....
Post a Comment